Enam daripada 528 tahanan yang melarikan diri meninggal dunia ketika cuba melintas jalan di KM165 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan).<br /><br />Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, mereka yang dilaporkan maut terdiri daripada dua lelaki, dua wanita dan dua kanak-kanak.<br /><br />Dalam pada itu, Mohd Shuhaily juga mengesahkan polis berjaya menahan semula 229 daripada 528 tahanan yang melarikan diri tersebut.